yuszai57

yuszai57
MENGHINA orang lain adalah sifat yang tercela. Dalam apa
keadaan sekalipun kita tidak boleh berbuat demikian. Dari sebuah
hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang menolak kata-kata
buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah
menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat."
Huraian Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina,
memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang
memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-
terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang
oleh Allah.
Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya
sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling
hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong.
Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak
menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang
dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang
mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan
taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang
berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat
kelak.... “Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah
dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, walhal Allah tetap
menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir
membenci.” [as-Saf (61):8].
yuszai57




Ketika Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf, beliau terdengar doa seorang lelaki, "Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit.
"Terkedu juga Amirul Mukminin dengan doa yang agak ganjil itu. Biasanya manusia suka kepada kumpulan ramai. Jika pengikut ramai lagi hebat, kukuh dan gah kita tetapi lain halnya dengan lelaki ini.
Apabila ditanya, rupa-rupanya lelaki itu menjelaskan: "Tidakkah tuan membaca di dalam Al-Quran, Allah berfirman bahawa sedikit sahaja di kalangan ummatNya yang bersyukur.
"Tersenyum Saidina Umar.
Sangat ramai di kalangan manusia kini sibuk berfikir bagaimana hendak memenuhi setiap impian yang diidamkan. Sebaliknya terlalu sedikit pula yang berfikir bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Allah dengan apa yang telah dimiliki.

Hakikatnya, dunia ini sudah dibanjiri oleh lautan manusia yang buta hati.
Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.
Adakah kita seorang yang bersyukur?


yuszai57


BAHAN-BAHAN: Udang (saiz) ikut selera anda
1 ½ bungkus tepung goreng RFC (HPA)
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Marjerin (dicairkan)
Minyak Zaitun HPA
CARA MEMBUAT:
Bersih udang siap dibuang kulit.Adun tepung goreng RFC,sedikit Minyak zaitun,telur dan kunyit dengan air sehingga pekat..Kemudian,campurkan udang dan goreng dengan marjerin yang di cairkan.Goreng hingga udang kelihatan warna keemasan..Hidang dengan sos cili Thai (HPA)…

yuszai57

PEDAS DAN PANAS TERPILIH UNTUK DI JADIKAN MAKANAN


SOS CILI & SOS CILI THAI HPA MEMANG SEDAP DAN ADA KELAINAN RASA MEMENUHI CITARASA KITA......


yuszai57


BAHAN BAHAN::AYAM ORGANIK MK12A HPA SEBUNGKUS
40 BIJI CILI API5 ULAS BAWANG MERAH-DIKISAR
5 ULAS BAWANG PUTIH-DIKISAR
1CM KUNYIT HIDUP-DIKISAR
1 BIJI KELAPA (santan)
3 BIJI UBI KENTANG
MEMASAK NYA:
Masukkan ayam dan semua bahan kisaran kedalam kuali serta ubi kentang.
Biarkan mendidih
Kemudian masukkan Santan.
Tambah garam bukit secukup rasa dan sedia di hidangkan..
YANG NI MESTI BEST...



yuszai57

BERHATI HATI APABILA MEMBELI BANYAK BARANGAN YANG NAJIS DI PASARAN


yuszai57


MEMANG ANEH APA YANG HENDAK DILIHAT DALAM GAJAH ITU ?? ALANGKAH MANISNYA KALAU LIHAT ANAK GADIS DIATAS TU..!!!
yuszai57

Senggugut atau "period pain" kerapkali dialami oleh wanita ketika kedatangan haid . Peringkat ringan senggugut biasanya akan mendatangkan gejala seperti sakit perut yang tidak melampau dan kitar haid yang tidak menentu.Senggugut yang dialami dizaman remaja atau sebelum berkahwin kadangkala boleh hilang selepas berkahwin namun sesetengah kes ia boleh kekak dan menjadi lebih serius.
Senggugut yang lebih serius pula akan berlarutan hingga mendatangkan masalah lain seperti kemandulan. Apakah yang menyebabkan senggugut berlaku?Pengeluaran sejenis bahan - prostoglandin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika senggugut.Otot rahim akan mengecut (contraction) dengan lebih cepat.Apakah pula yang menyebabkan pengeluaran bahan kimia ini? sesetengah penyakit pada sistem reproduksi juga boleh menyebabkan senggugut antaranya seperti jangkitan kuman,ketumbuhan pada salur peranakan dan rahim yang dinamakan fibroid.
Pengeluaran hormon yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan dinding rahim menebal dan mendatangkan penyakit lain yang dinamakan endometriosis yang boleh menyebabkan kemandulan.Kitar haid yang tidak teratur disebabkan oleh terlalu kurus atau terlalu gemuk juga boleh mendatangkan senggugut.
Amalan tradisi turun temurun yang diamalkan oleh nenek moyang kita untuk mengurangkan kesakitan dan juga merawat senggugut masih boleh diamalkan hingga sekarang. Sesetengah individu merasa lebih selesa menggunakan produk herba atau tumbuhan herba untuk menangani masalah ini.HPA sediakan tiga herba khas untuk atasi gejala kesakitan ini

1.HERBA SENGGUGUT
2.PARAMARIA PLUS
3.TEH MANJAKANI KESEMUA HERBA INI MEMBANTU PROSES BERIKUT UNTUK PULIH KESIHATAN ANDA ...

1. Membetulkan masalah hormone wanita dan mengandungi pytoestrogen.

2. Mengandungi bahan anti-kanser.

3. Bersifat astringen sebagai anti radang dan ubat darah tinggi.

4. Menghalus dan menegangkan kulit .

5. Menguatkan jantung dan mengelakan serangan angin ahmar.

6. Mengembalikan perca persalinan terutama selepas bersalin.

7. Memberikan tenaga sepanjang hari

8. Mendatangkan keriangan dalam hidup dan mengelakan kemurungan.

9. Menguatkan rahim dan mengelakan keguguran

HERBA SENGGUGUT,PARAMARIA PLUS & TEH MANJAKANI
yuszai57

yuszai57
























yuszai57

Suatu hari seorang anak dan ayahnya sedang duduk berbincang-bincang ditepi sungai. Kata ayah kepada anaknya, "Lihatlah anakku, air begitu penting dalam kehidupan ini, tanpa air kita semua akan mati."
Perbualan tersebut didengari oleh seekor ikan kecil dari bawah permukaan air, lalu ia terus menjadi gelisah dan ingin tahu apakah air itu, yang dikatakan begitu penting dalam kehidupan ini.
Ikan kecil itu pun berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya.
"Hai, tahukah kamu dimana air itu? Aku telah mendengar percakapan manusia bahawa tanpa air kehidupan akan mati.
"Ternyata semua ikan tidak mengetahui dimana air itu berada, si ikan kecil mulai gelisah, lalu ia berenang menuju ke mata air untuk bertemu dengan ikan sepuh yang sudah berpengalaman.
Lantas ia mengajukan soalan yang serupa kepada ikan sepuh itu.
"Dimanakah air itu?"
Maka jawab ikan sepuh,"Tak usah gelisah anakku, air itu telah mengelilingimu, sehinggakan kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, tanpa air kita semua akan mati.
"Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan kecil ini, mencari kesana kemari tentang erti kehidupan dan kebahagiaan, padahal mereka sedang menjalaninya.
Mereka diberikan oleh Allah mata tetapi tidak mahu melihat, mereka diberikan telinga tetapi tidak mahu mendengar, mereka diberikan hati tapi bak kata pepatah Melayu, 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'.
Mereka leka dan telah dilupakan oleh khayalan dunia yang sementara ini. Jauh sekali untuk bersyukur dengan apa yang sedia ada.
yuszai57

Dikisahkan ada seorang pengembara telah melawat sebuah pusat pelancongan di Thailand. Di sana terdapat seekor gajah yang besar yang telah dirantai. Pengembara itu kehairanan dan tertanya-tanya kenapa gajah itu tidak melepaskan diri walhal rantai itu kelihatan halus sahaja.

Lalu ia pun bertanya kepada pengembala gajah yang ada di situ akan rahsia yang digunakannya. Maka pengembala itu menjawab;

" Sebenarnya gajah itu telah dirantai sejak kecil lagi. Dan rantai yang halus itu tidak pernah dicabut pada badannya sehinggalah ia dewasa. "

Maka fahamlah si pengembara tadi bahawa gajah itu sebenarnya sudah tertipu oleh dirinya sendiri. Hanya kerana kegagalannya untuk memutuskan rantai itu ketika kecil, apabila besar kegagalan tadi terus tersemat dalam mindanya.

Maka kita demikianlah juga. Kadangkala kita menganggap kegagalan dan kesusahan yang lepas akan berterusan hingga kini walhal masa sudah berubah, teknologi sudah berubah dan persekitaran juga sudah berubah.

Kenapa kita tidak terus mencuba?
yuszai57


RUMAH KU SYURGA KU

Rumah ada lah tempat kita berlindong dari segala2nya. Kedamaian sebuah rmah bergantong kepada keserasian isi keluarga di dalam rumah itu di samping dengan keindahan lokasi serta kecerian yang di bena sama ada di luar mau pun di dalam rumah tersebut.

Hiasi lah rumah itu dengan memperdengarkan ayat2 qur'an dan alam sekitar yang harmoni di sulam dengan land scap yang indah .


yuszai57

Pohon kelapa telah dijadikan Tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian. Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah-olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula. Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser. Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran. Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit. Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut:...
1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan...
2. meningkatkan kadar metabolisma badan...
3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi...
4. anti oxida semulajadi...
5. meningkat fungsi kelenjar tairoid...
6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari...
7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah ...
8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan...
9. berupaya menurunkan berat badan ...
10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia ...
11. membekal sumber tenaga dengan cepat...
12. melembab dan melembutkan kulit ...
13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit...
14. mengurangkan kesan keracunan makanan...
15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan...
16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat...
17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung ...
18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi ...
19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis...
20. mengurangkan risiko dan kesan demam ...
21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa ...
22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering...
23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung ...
24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air

yuszai57


KHASIAT BAWANG PUTIH

Bawang putih sudah dikenal sejak 4000 tahun lebih. Dalam sebuah lembaran papirus bertarikh 1500 SM ditemukan catatan bahwa orang Mesir percaya bawang putih memiliki 22 khasiat mengobati penyakit. Tak heran bila bawang putih ditemukan di dalam makan Raja Tutankhamun dari Mesir dan dikonsumsi para pembangun piramid untuk meningkatkan stamina dan mencegah penyakit.Masyarakat kita kebanyakannya mengetahui dan percaya akan khasiat bawang putih, tetapi hanya segelintir sahaja yang mengamal dan mempergunakan manfaat bawang putih ini dalam kehidupan seharian. Khasiat Dan Manfaat Bawang Putih: Raja Antibiotik Semulajadi ini berkhasiat dan manfaat bawang putih dan alasan di sebalik keistimewaannya........Dr. Yongxiang Zhang dari University of Tokyo, Jepang menyatakan bahwa kemampuan bawang putih menghambat kemerosotan otak dan sistem kekebalan pada hewan percobaan sangat mengesankan. Hal itu memang tidak berarti bahwa bawang putih mampu memulihkan masa muda atau sama sekali menghambat proses penuaan. Tetapi setidaknya manfaat bawang putih membantu menghambat proses penuaan. Di samping itu, menurut penelitian Memorial Sloan Kettering Cancer Center, bahan kimia SAMC yang terdapat pada bawang putih dapat menghambat pertumbuhan sel kanker. Dengan mengkonsumsi bawang putih, resiko terkena kanker dapat dikurangi. Kadar kolesterol yang tinggi biasanya menjadi pertanda proses penuaan. Bawang putih yang dikonsumsi secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah. Dr. Gilles Fillion dari Institute Pasteur di Perancis menduga, bawang putih dapat membantu meredakan stress, kecemasan, dan depresi. Tentunya dengan efek yang lebih lembut. Ia menemukan bahwa bawang putih bermanfaat untuk membantu melepaskan serotonin, yakni bahan kimia yang terlibat dalam pengaturan serangkaian luas suasana hati dan tingkah laku termasuk kecemasan, murung, rasa sakit, agresi, stress, kurang tidur dan ingatan. Kadar serotonin yang tinggi dalam otak cenderung berfungsi sebagai obat penenang yang menentramkan Anda, memudahkan tidur, dan meringankan kemurungan. Bawang putih menolong menormalkan sistem serotonin tersebut.
1. Menghambat kemerosotan otak dan sistem kekebalan
2. Membantu menghambat proses penuaan. Menghambat pertumbuhan sel kanker.
3. Dengan mengkonsumsi bawang putih, resiko terkena kanker dapat dikurangi.
4. Bawang putih yang dikonsumsi secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.
5. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah.
6. Bawang putih dapat membantu meredakan stress, kecemasan, dan depresi.
7. Dengan efek yang lebih lembut. Bawang putih mengandung vitamin A.
8. Bawang putih mengandung vitamin B.
9. Bawang putih mengandung vitamin C.
10. Bawang putih mengandung kalsium.
11. Bawang putih mengandung potasium
12. Bawang putih mengandung antioksidan. Bawang putih mengandung karoten dan selenium
13. Mengonsumsi 2-3 ulas bawang putih sehari, akan menghindarkan dari kemungkinan berpenyakit jantung.....
14. Menyembuhkan tekanan darah tinggi....
15. Meringankan tukak lambung .....
16. Menurunkan kolesterol dalam darah .....
17. Meningkatkan insulin darah bagi penderita diabetes.....
18. Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh ....
19. Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari berbagai macam penyakit.....
20. Membantu menambahkan nafsu makan apabila dimakan mentah.....
21. Menjaga stamina tubuh.....
22. Mengandung khasiat antimikroba, antitrombotik, hipolipidemik, antiarthritis, hipoglikemik, dan juga memiliki antivitas sebagai antitumor.

















yuszai57



BOIKOT BARANGAN BUATAN YAHUDI










Nak berlawan tidak mampu, nak berundur sesak-sesak, nak lari malu-malu. Itulah peribahasa yang menggambarkan keadaan di bumi Gaza hari ini. Mungkin negara Arab sebelumnya merasakan `air sentiasa pasang` namun mereka silap. Inilah bencana yang menghentam bumi Gaza saat ini, apabila sifat ketidakbernanian negara Mesir, Syria, Lubnan dan Jordan kepada Amerika Syarikat tidak dibasmi. Maka hancurlah lagi Gaza di waktu ini. Mengapakah 4 negara ini disebut, kerana mereka inilah jiran yang `membutakan mata dan hati` yang tidak mempunyai perasaan `wajibnya` bersatu begitu juga Fatah di saat saudara Islamnya dihentam dengan bom bertalu-talu.


Malah sepertinya,jeritan kanak-kanak tidak mempunyai nilai kemanusiaan lagi kerana disambut dengan kemautan, tiada siapa yang peduli. Tangisan demi tangisan dibaluti dengan ketakutan, tiada siapa yang merasainya. Sejak 27 Disember yang lalu sehingga ke hari ini saja, sebanyak 1000 nyawa umat Islam yang terkorban, disertai dengan kanak-kanak yang tidak berdosa. Inilah sumbangan yang diberikan oleh Negara Mesir kepada saudara seagamanya dengan menyekat bantuan perubatan,makanan dan keperluan yang untuk diberikan kepada saudaranya di Gaza. Mereka telah menyekat bantuan yang amat diperlukan oleh umat Islam di Gaza, demi memikat yahudi agar tidak di apa-apakan Negaranya. Begitu juga negara Lubnan mereka telah merelakan pelancaran bom Israel dari kawasannya ke semenanjung Gaza.


Selain itu, terdapat beberapa buah negara dunia Islam hari ini mengharapkan `Barrack Obama` agar melakukan perubahan supaya serangan Israel ke atas Gaza itu dihentikan secepat mungkin. Umum tahu, mengharapkan kepada yang tidak boleh diharap adalah satu kerugian besar dari segi masa, tenaga dan wang. Kenyataan ini adalah berasas kerana `Obama` itu sendiri pergi ke Israel meminta restu agar dicalonkannya sebagai `Presiden Amerika Syarikat`. Sesungguhnya yahudi tetap yahudi, kerana mereka ini tidak akan pernah meredhai kita(Islam) selagi kita tidak mengikuti agama mereka firman Allah (Maksudnya):” Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kecuali apabila engkau mengikuti perjalanan mereka.” (Al-Baqarah: 120). Bermulanya pemerintahan mereka (Israel) pada 1948 tahun sehingga ke hari ini, mereka telah mengorbankan sebanyak 230,000 nyawa umat Islam.

Itulah hasil keringat selama 60 tahun mereka memerintah begitu banyak nyawa umat Islam yang mereka `cabut` seakan-akan mereka ini pula yang menjadi `malaikat maut` yang menghitung waktu, hari, bulan dan tahun bagi mengambil nyawa umat Islam.


Mungkin ungkapan Ariel Sharon kini menjadi realiti. Katanya: “Saya berharap agar dapat menghalau penduduk Palestin dan Tebing Barat ke Jordan”(New York Times, 17 Mei 1982). Realiti hari ini adalah sebaliknya, mereka bukan menghalau, akan tetapi pembunuhan secara beramai-ramai pula yang mereka laksanakan. Inilah sifat prebet syaitan yang bercita-cita menjadi Ketua Iblis dan Syaitan. Sifat ini sedang diaplikasikan oleh Ehud Olmert dalam meraih undian agar dicalonkan sebagai Perdana Menteri. Saya katakan ini adalah benar, kerana secara hakikatnya inilah sifat yang diwarisi oleh golongan Yahudi, bahkan ia nyata terbukti, lihat sahaja tragedi pada 16 September 1982 kem Sabra dan Shatila yang menjadi khemah pelarian rakyat Palestin di Lubnan di gempur saja oleh Rejim Zionis itu. Dengan menggunakan Isu ingin menghapuskan pejuang PLO, dajjal itu bukan sahaja membunuh pejuang bahkan rakyat palestin yang tidak bersalah itu juga pun dihancurkanya. Akibat kejadian itu seramai 3,000 maut di khemah pelarian itu. Setelah kejadian itu, Ariel Sharon dengan lantasnya ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Inilah yang Ehud Olmert inginkan. Disebabkan kerusi yang diidamkannya itu, habis semua umat Islam di Palestin dilanyaknya.


Dengan kata lain, yahudi ini memang terkenal dengan sifat mazmumah, kerana jika tidak di New Zealand nama yahudi ini tidak akan dilabel dengan `penipu dan pembohong lagi mencuri`di media massa kerana mereka telah menipu para pembeli yang ingin membeli kereta, kenyataan ini dipetik dari media massa New Zealand, terutamanya di laman Internet atau e-mail. Tambahan pula, jika si pembeli itu muslim, habis kereta yang dijualnya itu dirosakkan dahulu agar dapat bergerak hanya dalam 10 Kilometer saja dengan berhargakan 10 kali ganda dari harga asalnya.


Pemboikotan Produk Amerika


Umum tahu, Isu pemboikotan Produk Amerika ini sudah lama dikempenkan, cumanya barangkali masyarakat dunia Islam hari ini lalai dan leka akan tuntutan tersebut. Dengan kata lain, mungkin sehingga ke hari ini umat Islam masih lagi bergantung kepada produk Amerika dari segi barang keperluan, perubatan mahupun kosmetik. Mungkin juga sehingga ke hari ini masih lagi ada yang melihat berita kekejaman Israel ke atas penduduk di Palestin sambil menikmati minuman nestle. Mungkin juga ada yang terlepas pandang bahawa selama ini dia menyumbang kepada Amerika dengan membeli produk keluarannya, bahkan bila di tanya mengapa beli produk ini, lantasnya menjawab produk ini `ada brand`. Justeru, hanya disebabkan `brand` lah umat Islam di Palestin dihentam dan dilanyak dengan begitu rancak hasil dari sumbangan yang kita berikan secara tidak sedar.


Bagaimanakah sumbangan ini berlaku? Inilah yang dikatakan beli kerana luarannya tanpa melihat isi dalamnya. Penyaluran dana itu berlaku ketika kita `umat Islam` tengah rancak membeli belah produk Amerika, persoalannya, apakah tidak pernah umat Islam kita hari ini mempersoalkan ke manakah setiap ringgit pembelian kita itu disalurkan? Secara tidak sedar kita juga adalah penyumbang segala jenayah dan kematian ke atas penduduk di Palestin. Setiap pembelian produk Amerika itulah sumbangan peluru dan bom yang kita sedekahkan kepada saudara kita di Palestin. Mereka umat Islam di Palestin merayu-rayu agar diberi bantuan, tetapi kita sebaliknya, peluru dan bom pula yang kita sumbangkan kepada mereka sehingga tidak kenal mayat mereka kita bomkan. Sanggupkah kita menanggung segala dosa ini di depan Allah? Semestinya tidak sanggup! Dengan itu, kini pemboikotan terhadap produk Amerika sudahpun jatuh kepada hukum wajib. Bahkan kita wajib memboikot setiap barangan Amerika. Jika seseorang itu tidak melaksanakan pemboikotan ini maka jatuhlah hukum haram ke atas setiap pembelian barangan Amerika yang dibelinya. Jika diseru berjihad ke Gaza, tiada siapa yang sanggup kerana mempunyai alasan yang tersendiri. Oleh itu, ini satu-satunya senjata kita dalam memperjuangkan hak kita sebagai kuasa membeli yang tertinggi di dunia. Malah tragedi di Belanda mengenai filem fitna itu pernah satu syarikat susu bukan Islam jatuh bankrap akibat kekurangan pembeli kerana difahamkan pembeli yang tertinggi sekali adalah umat Islam. Oleh yang demikian, ini jelas sekali menunjukkan bahawa kita umat Islam adalah kuasa membeli.


Jika kita tidak menggunakan peluang dan ruang yang sedia ada ini. Bererti kita juga adalah sebahagian pengkhianat terhadap Islam sendiri. Kita dituntut agar bersatu dalam kesusahan tanpa mengira kaum asalkan Islam itu agamanya. Bahkan terdapat satu hadis daripada Baginda Rasulullah s.a.w : ‘’ Bandingan seorang mukmin dengan mukmin yang lain bagaikan satu bangunan. Saling kuat-menguatkan antara satu sama lain.’’ ( Riwayat al-Bukhari, jil : 1, no. 182 dan Muslim : 4, no. 1999). Seterusnya marilah sama-sama kita berjihad ke jalan Allah dengan memboikot segala produk Amerika. Dengan kaedah itu saja, kita mampu rencatkan kewangan dan ekonomi Amerika yang sekaligus membantutkan penyaluran dana untuk peralatan persenjataan kepada Israel yakni laknatullah. Allahuakhbar!!!





yuszai57

Kilang Ais Krim Taiyibah HPA
Alhamdulillah yang ditunggu hampir tiba, Insya Allah Kilang Ais Krim HPA yang bermodalkan RM 1.2 juta yang bertempat di Ipoh,Perak itu, kini bersiap sedia untuk menembusi pasaran negara ini bagi merealisasikan misi utama HPA iaitu `Produk Halal Tanggungjawab Bersama` akan menjadi pilihan utama masyarakat Islam mahupun bukan Islam suatu hari nanti. Insya Allah. Saya mempercayai bahawa tuntutan fardu kifayah yang dilakukan HPA ini bukan sekadar untuk memenuhi citarasa pengguna akan tetapi menjadi penyelamat kepada umat Islam daripada menikmati Ais Krim yang tidak diketahui ramuannya didalam pasaran hari ini. Ingin saya menjelaskan bahawa, kepincangan yang dihadapi dalam memastikan sesuatu Ais Krim itu benar-benar halal adalah ramuan penstabilnya, kerana ia dikhuatiri mengandungi lemak binatang yang tidak disembelih atau dari tumbuhan. Dengan rasa tanggungjawabnya, HPA dan panel syariahnya, telah mengkaji dan mencari ramuan penstabil yang benar-benar tepat dan halal dalam memastikan Ais Krim yang dikeluarkan oleh HPA nanti akan menjadi satu alternative yang utama didalam negara ini. Insya Allah. Test run Ais Krim HPA ini akan dilakukan pada 14 feb dan Insya Allah Ais Krim HPA ini juga akan menembusi pasaran pada awal bulan Mac ini. Insya Allah. Tunggu saja kehadirannya di cawangan HPA nanti.
yuszai57

STOKIN WUDUK - satu produk bagi memudahkan muslimah berwuduk tanpa menanggalkan stokin hingga memungkinkan aurat terdedah di tepi tangga masjid mahupun surau.
Hanya gulung stokin ke paras betis dan ber wuduk dengan selesa di tempat wuduk yang terasing dari pandangan mata lelaki.
Mudah bukan?
Ia diperbuat daripada kain campuran Nylon dan Spandex yang tebal, berkualiti tinggi, tahan lama dan stretchable.
Diimport dari Indonesia dalam satu saiz (free size). Ia sesuai untuk kaki bersaiz 3 hingga 8.
Mempunyai bahagian berlapis seperti sarung bantal atau sampul surat bagi membolehkannya ditarik atau digulung ke atas.
Bahagian berlapis dipakai di sebelah atas kaki (bukan di telapak) untuk keselesaan berjalan dan memberi keyakinan ketika bersujud kerana ia mungkin ‘terbuka’ sedikit ketika telapak kaki ditegang.
Kurang selesa jika muslimah memakai kasut yang bahagian depannya ‘tajam’ (pointed shoe) kerana ia tebal. Sesuai dipakai bersandal atau kasut flat (pump).
Ada tiga warna iaitu perang, hitam dan putih.
Stokin ini amat sesuai untuk diguna jemaah yang mengerjakan umrah atau haji, selain menjadi hadiah bermakna kepada ibu, isteri,anak gadis dll.
Insya-Allah.
HARGA DEWASA

sepasang : RM13
tiga pasang: RM11 setiap pasang
10 pasang : RM9 setiap pasang

HARGA PELAJAR/ AHLI HPA

sepasang : RM11
tiga pasang: RM10 setiap pasang
10 pasang : RM8 setiap pasang

* Kos penghantaran sekitar Universiti Sains Malaysia (USM), Recsam dan
kawasan sekitar adalah PERCUMA.

* Kos penghantaran secara pos bergantung kepada kuantiti dan berat.

* Untuk pembelian online, emel kepada stokinwuduk@gmail.com
yuszai57


BUAH JAMBU BATU


KORDIAL JAMBU



Tahukah anda manfaat jus jambu? Apatah lagi ketika keadaan cuaca dan musim hujan yang tidak menentu sering mengundang pelbagai penyakit. Penyakit yang dimaksudkan ialah penyakit demam denggi. Demam denggi ialah penyakit yang diakibatkan oleh virus denggi. Virus ini masuk ke dalam darah dan menyerang dinding darah melalui gigitan nyamuk. Jika dibiarkan ia akan menyebabkan terjadinya pendarahan pada organ tubuh lain seprti ginjal, paru-paru dan akan mengakibatkan muntah darah. Untuk itu, pada tahap awal, virus dalam badan perlu dineutralkan untuk melawan penyakit agar mendapat daya tahan tubuh yang baik. Jus buah jambu ini dianggap dapat mengubati penyakit yang disebarkan oleh nyamuk aedes. Ini kerana ,jus jambu adalah kumpulan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C yang mampu menghasilkan daya tahan tubuh untuk melawan virus denggi. Ketahui simptom demam denggi berdarah.Demam mendadakDemam disertai kemerahan pada wajah dan leher serta muntah. Timbul pendarahan, baik dari gigi, mulut, hidung, kulit atau tinja(najis)Kordial Jambu HPA pilihan terbaik...anda akan rasa nikmat sajian kelas pertama dan eklusif ini seperti minuman yang di beri pada penerbang kelas VVIP ANTARABANGSA...Relax & Enjoy..!!!

yuszai57
Kayu Kokka merupakan kayu yang paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini, ianya telah digunakan sejak zaman Nabi-Nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera & tongkat Nabi Nuh AS, dan Nabi Syuaib AS sendiri diperbuat dari kayu kokka.
Kayu kokka terdapat perbagai rahsia & kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung.Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk tasbih. Kayu kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa.
Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat..
Kayu Kokka yang paling baik mutunya berasal dari negara turki. Terdapat juga dari negara-negara lain seperti Nigeria, Iran & Mesir. Untuk mengenal ciri-ciri Kayu Kokka & lain-lain lagi sila lawati:http://www.darulnuman.com/
Yang baik itu datangnya dari Allah SWT & yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.
semoga dapat dimanfaatkan demi Agama, Keluarga, Bangsa dan Negara
(INSYA ALLAH)
yuszai57


TEH MISAI KUCING UNTUK KESIHATAN





Pokok misai kucing. Panggilan ini mungkin berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing.Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.bagaimanapun pemberian nama panggilan tersebut oleh genarasi tua, bukanlah menggambarkan sekadar 'sembang-sembang di kedai kopi'.Bahkan menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang."Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan temubual pihak kami dengan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan," katanya yang turut menyatakan nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.Beliau yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini menjelaskan pihaknya turut mendapatkan cara-cara tradisional yang sering digunakan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut.Tambahnya lagi, tumpuan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah."Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering," ujarnya lagi.Bila sudah kering kata beliau daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah."Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis," jelasnya.Selain dari itu menurut Dr. Azizul, akar dan batang pokok misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat."Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisan tersebut diambil dengan cara diprah atau tapis kemudian dicampukan dengan setengah air panas.Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan," ujarnya.Sekarang HPA sediakan mudah uncang minuman misai kucing...Segar meminum nya..mesti cuba..Kepentingan & Kelebihan minuman ini :Mengandungi sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik.Digunakan untuk merawat arteriosclerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), ghout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan rheumatisme.Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.Bersifat anti fungi dan anti bakteria.Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kencing).

yuszai57


PRODUK HALAL KELUARAN HPA









SYARIKAT HPA TELAH MENGELUARKAN PRUDOK HALAL 100% UNTUK ORANG2

ISLAM DI MALAYASIA. MARILAH KITA BERSAMA SAMA MENDUKUNG USAHA MURNI

INI KEARAH PERMAKANAN HALAL TANPA WAS WAS LAGI.


HARI-HARI ANDA
Setiap pagi, ketika aku melangkah ke tempat kerja, apakah aku merasakan diri aku seperti orang biasa-biasa sahaja?Malah subuh tadi, ketika aku terjaga daripada tidur, aku berasa diri aku paling tidak bermaya?Seperti biasa aku terkejut dengan deringan jam loceng. Tangan aku sepantas spring menangkap punatnya dan jam itu pun senyap. LALU AKU MENYAMBUNG MIMPI SEMULA.......BETAPA MALANGNYA NASIB AKU YANG TELAH MELAZIMKAN TINDAKAN SPONTAN INI BERTAHUN-TAHUN LAMANYA.RASULULLAH S.A.W juga bersabda yang bermaksud :"Apabila salah seorang antara kamu tidur maka syaitan akan mengikat seutas tali ditengkuk kepalanya. Syaitan memukul seyiap simpul sambil berkata : "MALAM YANG PANJANG, TIDURLAH". Bila kamu bangun dari tidur lalu kamu menyebut nama ALLAH, maka lepaslah satu ikatan. Jika kamu berwudhuk, maka lepaslah satu ikatan tadi. Jika kamu solat maka terlepaslah ikatan yang terakhir sehingga kamu bangun pagi dengan cergas dan jiwa yang bersih. Jika tidak maka kamu akan bangun pagi dalam keadaan jiwa yang kotor."(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)Sabda Rasulullah s.a.w :"Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah. Jadilah kamu seorang yang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang bersyukur kepada Allah. Sedikitlah ketawa kerana banyak ketawa itu memetikan hati".(Riwayat Al-Baihaqi)

2009 (55)
04/19 - 04/26 (5)
KELEBIHAN MINUMAN MISAI KUCING TROPIKA HPA
X-KERJA.....HPA PELUANG TERBAIK
IPK......& KORDIAL JAMBU
V.C.O.........ooh...ooh...ohh
KISMIS MINDA...MEMANG HEBAT
04/12 - 04/19 (4)
SELALU NYA
HARI-HARI ANDA
HPA..KISAH..GAMBAR 2
HPA.....KISAH...GAMBAR
04/05 - 04/12 (4)
BAHASA PEJUANG...????
MADU...MADU...MADU...KHASIAT NYA...
HIDUP LEBIH CERIA DGN......
NUGGET HEBAT BERKHASIAT HPA
03/29 - 04/05 (5)
PETUA RAMBUT.....BERUBAN...
GELANG MAGNET...FESYEN CELARU..!!!???
YOGA.........SYIRIK..!!!!
MINUMAN AIR BERAS PERANG HERBA (HPA)
KURMA KAMBING ALA INDON..PACK HPA...
03/22 - 03/29 (6)
LEBIH HINA DARI LEMBU....PEROKOK !!!
GEMOK...GEMOK...MASALAH BETUL.......???
DAGING KICAP PEDAS (HPA PACK)
KERACUNAN MAKANAN HARIAN!!!!
SPIRULINA OH OH 0H SPIRULINA
JADIKAN CEKODOK RANGGUP ...dgn minyak ZAITON
03/15 - 03/22 (7)
TEMAN SEJATI
MADU ASLI & TULANG IKAN...!!!
KESAN MOTIVASI DIRI...
SWEET SOUR SIAKAP SOS HPA..KEH KEH KEH....
KOPI RADIX DAN GAJAH...!!!!!
BERHENTI MEROKOK...MUDAH JE..
KELEBIHAN MINYAK BUT BUT....
03/08 - 03/15 (6)
SLOGAN PERUBATAN HERBA JAWI HPA
عَنْ أَبِي هُرَیْرَة رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: ق...
SUP AYAM &.....GORENG RANGUP...
RABI'ULAWAL YANG DI NANTIKAN....
HPA MLM SYARIAH....& AISKRIM di lancarkan
Warna kelam pada cawan Cawan atau mug yg kerap ...
03/01 - 03/08 (11)
PBC SUNGAI PETANI INN
SIAPAKAH DIRI ANDA?
BERIANI LAUK AYAM ORGANIK MK12A
PROJEK JAGUNG...KHAS
AISKRIM TOYYIBAH...HALAL & HEBAT
MAHASABAH DIRI...
BOIKOT SEKARANG...SERTA MERTA
Maqam Rasulullah saw yang tidak dibuka untuk ziar...
AL-HIJAMAH
REHAT MINDA...LELAKI TUA
02/22 - 03/01 (5)
INGATAN FIRMAN ALLAH...JELAS
INGATKAH KITA !!!???


ISLAMIK GMP
1. Pembinaan kilang tanpa riba2. Kakitangan HPA beragama Islam3. Kakitangan yang mengerjakan solat dhuha4. Kakitangan yang mengamalkan zikir ma'thurat5. Kakitangan bertadarus Al-Quran dan solat jemaah6. Kakitangan yang berwudhuk













































































































yuszai57

bersantai selepas penat berjalan



mase kat dalam kapal portugis



muzium samudera



salji di genting highland...


konvo di uitm shah alam...






Santai Dengan anak2.

Sesekali kalau dapat luangkan masa , seronok juga bersama sama anak anak
bergambar ditempat tempat menarikk seperti di Melaka dan Genting Highland.
yuszai57
Awan sedikit mendung, ketika kaki-kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet.
Baju merahnya yg kebesaran melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicipi, sementara tangan kirinya mencengkam ikatan sabuk celana ayahnya.
Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk di atas sebelah nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915:20- 01-1965"
"Nak, ini kubur nenekmu mari kita berdoa untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu menirukan tangan ayahnya yang mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdoa untuk neneknya...
"Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya ayah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibu-nya.
"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 42 tahun ya ayah..." kata Yani berlagak sambil matanya menerawang dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun ...
" Yani memutar kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana.
Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910"
"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 106 tahun yang lalu ya ayah", jarinya menunjuk nisan disamping kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengelus kepala satu-satu anaknya. "Memangnya kenapa nak ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya. "Hmmm, ayah kan semalam bilang, bahawa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan diseksa dineraka" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.
"Iya kan ayah?
" Ayahnya tersenyum, "Lalu?"
"Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 42 tahun ya ayah di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 42 tahun nenek senang dikubur .... Ya kan ayah?" mata Yani berbinar kerana bisa menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya.
Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ..... "Iya nak, kamu pintar," kata ayahnya pendek.
Pulang dari pemakaman, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya... 42 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur .... lalu dia menunduk ... menitiskan air mata...
Kalau ia meninggal .. Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti ia akan diseksa 1000 tahun?
Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un . Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah ia selama itu disiksa? Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan diseksa di kubur.
Lalu setelah dikubur? Bukankah akan lebih parah lagi?
Tahankah? padahal melihat adegan preman dipukuli masa ditelevision kelmarin ia sudah tak tahan?
Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya terangkat, ke atas bahunya naik turun tak teratur.... air matanya semakin membanjiri janggutnya

Allahumma as aluka khusnul khootimah.. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani.

Dihampirinya Yani yang tertidur di atas katil. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu, bertapa sang bapak sangat berterima kasih padanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan... Dan apa yang akan datang di depannya...

"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."