yuszai57


TEH MISAI KUCING UNTUK KESIHATAN





Pokok misai kucing. Panggilan ini mungkin berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing.Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.bagaimanapun pemberian nama panggilan tersebut oleh genarasi tua, bukanlah menggambarkan sekadar 'sembang-sembang di kedai kopi'.Bahkan menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang."Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan temubual pihak kami dengan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan," katanya yang turut menyatakan nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.Beliau yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini menjelaskan pihaknya turut mendapatkan cara-cara tradisional yang sering digunakan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut.Tambahnya lagi, tumpuan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah."Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering," ujarnya lagi.Bila sudah kering kata beliau daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah."Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis," jelasnya.Selain dari itu menurut Dr. Azizul, akar dan batang pokok misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat."Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisan tersebut diambil dengan cara diprah atau tapis kemudian dicampukan dengan setengah air panas.Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan," ujarnya.Sekarang HPA sediakan mudah uncang minuman misai kucing...Segar meminum nya..mesti cuba..Kepentingan & Kelebihan minuman ini :Mengandungi sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik.Digunakan untuk merawat arteriosclerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), ghout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan rheumatisme.Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.Bersifat anti fungi dan anti bakteria.Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kencing).

0 Responses

Post a Comment