yuszai57

Kilang Ais Krim Taiyibah HPA
Alhamdulillah yang ditunggu hampir tiba, Insya Allah Kilang Ais Krim HPA yang bermodalkan RM 1.2 juta yang bertempat di Ipoh,Perak itu, kini bersiap sedia untuk menembusi pasaran negara ini bagi merealisasikan misi utama HPA iaitu `Produk Halal Tanggungjawab Bersama` akan menjadi pilihan utama masyarakat Islam mahupun bukan Islam suatu hari nanti. Insya Allah. Saya mempercayai bahawa tuntutan fardu kifayah yang dilakukan HPA ini bukan sekadar untuk memenuhi citarasa pengguna akan tetapi menjadi penyelamat kepada umat Islam daripada menikmati Ais Krim yang tidak diketahui ramuannya didalam pasaran hari ini. Ingin saya menjelaskan bahawa, kepincangan yang dihadapi dalam memastikan sesuatu Ais Krim itu benar-benar halal adalah ramuan penstabilnya, kerana ia dikhuatiri mengandungi lemak binatang yang tidak disembelih atau dari tumbuhan. Dengan rasa tanggungjawabnya, HPA dan panel syariahnya, telah mengkaji dan mencari ramuan penstabil yang benar-benar tepat dan halal dalam memastikan Ais Krim yang dikeluarkan oleh HPA nanti akan menjadi satu alternative yang utama didalam negara ini. Insya Allah. Test run Ais Krim HPA ini akan dilakukan pada 14 feb dan Insya Allah Ais Krim HPA ini juga akan menembusi pasaran pada awal bulan Mac ini. Insya Allah. Tunggu saja kehadirannya di cawangan HPA nanti.
0 Responses

Post a Comment