yuszai57
keadaan sekalipun kita tidak boleh berbuat demikian. Dari sebuah
hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang menolak kata-kata
buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah
menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat."
Huraian Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina,
memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang
memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-
terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang
oleh Allah.
Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya
sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling
hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong.
Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak
menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang
dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang
mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan
taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang
berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat
kelak.... “Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah
dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, walhal Allah tetap
menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir
membenci.” [as-Saf (61):8].
yuszai57
Ketika Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf, beliau terdengar doa seorang lelaki, "Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit.
"Terkedu juga Amirul Mukminin dengan doa yang agak ganjil itu. Biasanya manusia suka kepada kumpulan ramai. Jika pengikut ramai lagi hebat, kukuh dan gah kita tetapi lain halnya dengan lelaki ini.
Apabila ditanya, rupa-rupanya lelaki itu menjelaskan: "Tidakkah tuan membaca di dalam Al-Quran, Allah berfirman bahawa sedikit sahaja di kalangan ummatNya yang bersyukur.
"Tersenyum Saidina Umar.
Sangat ramai di kalangan manusia kini sibuk berfikir bagaimana hendak memenuhi setiap impian yang diidamkan. Sebaliknya terlalu sedikit pula yang berfikir bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Allah dengan apa yang telah dimiliki.
Hakikatnya, dunia ini sudah dibanjiri oleh lautan manusia yang buta hati.
Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.
Adakah kita seorang yang bersyukur?
yuszai57
1 ½ bungkus tepung goreng RFC (HPA)
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Marjerin (dicairkan)
Minyak Zaitun HPA
CARA MEMBUAT:
Bersih udang siap dibuang kulit.Adun tepung goreng RFC,sedikit Minyak zaitun,telur dan kunyit dengan air sehingga pekat..Kemudian,campurkan udang dan goreng dengan marjerin yang di cairkan.Goreng hingga udang kelihatan warna keemasan..Hidang dengan sos cili Thai (HPA)…
yuszai57
40 BIJI CILI API5 ULAS BAWANG MERAH-DIKISAR
5 ULAS BAWANG PUTIH-DIKISAR
1CM KUNYIT HIDUP-DIKISAR
1 BIJI KELAPA (santan)
3 BIJI UBI KENTANG
MEMASAK NYA:
Masukkan ayam dan semua bahan kisaran kedalam kuali serta ubi kentang.
Biarkan mendidih
Kemudian masukkan Santan.
Tambah garam bukit secukup rasa dan sedia di hidangkan..
YANG NI MESTI BEST...
yuszai57